PERSOALAN AURAT WANITA ISLAM DI HADAPAN WANITA BUKAN ISLAM.
Tidak berapa lama dahulu, seorang ustadz yang mengajar Tauhid di surau saya, telah menyentuh tentang hukum wanita Islam pergi berspa atau bergunting di kedai wanita bukan Islam. Dia kata haram. Maka timbullah sosek-sosek di belakang yang ternyata tidak begitu puas hati dengan pendapat ustaz itu.
Saya tidak menyalahkan ustaz itu, walaupun saya juga tidak bersetuju sepenuhanya, kerana ini adalah soal pendapat atau ini soal ijtihadiah dalam ilmu Fiqh. Sekiranya kita merujuk kepada ustaz atau ulamak lain kita mungkin akan mendapat jawapan yang berbeza bergantung kepada tahap pengajian, umur, latarbelakang dan kewarakan seseorang ustaz. Lalu kita bagaimana ?
Untuk menjawab persoalan ini dan menenangkan perasaan saya, seperti biasa saya akan mencari jawapan di dalam internet dari laman atau portal yang berwibawa. Dalam hal ini saya menyalinkan jawapan dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia yang walaupun ringkas tetapi padat dan jelas menjawab persoalan yang sedang kita bicarakan.
Persoalan Aurat Wanita Di Hadapan Wanita Bukan Islam
Terdapat dua pendapat berkaitan permasalahan ini :
1) Harus bagi wanita bukan Islam melihat anggota wanita Islam yang terdedah pada kebiasaannya ketika menjalankan pekerjaan. Yang dikehendaki dengan anggota yang terdedah diwaktu menjalankan pekerjaan ialah kepala, tengkok/leher, lengan dan hujung betis dan haram baginya melihat anggota-anggota yang lain dari yang tersebut.
2) Harus bagi wanita bukan Islam melihat aurat wanita kecuali anggota di antara pusat dan lutut memandangkan kepada mereka sama-sama wanita.
Pendapat pertama adalah muktamad, namun demikian memandangkan keadaan pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi,di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain, maka pendapat kedua itu ada kesesuaian dengan keadaan.
Sumber: Portal Rasmi Fatwa Malaysia.























0 comments: