Tentang berlaku pada kiamat
BACA SAMPAI HABIS BAGI YANGBERAGAMA ISLAM
Sekadar berkongsi ilmu ^.^
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar) yang
memekakkan telinga, seluruh makhluk mati
kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain.
Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa
malaikat yang tinggal dan akhirnya
nyawanya sendiri.
✐Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun
berfirman mafhumnya "Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa
yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab
dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah
Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini
menunjukkan kebesaran & keagunganNya
sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha
Kekal Hidup, tidak mati.
✐Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala
untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk
hidup semula di atas bumi putih, berupa
padang Mahsyar (umpama padang Arafah)
yang rata tidak berbukit atau bulat seperti
bumi.
✐Sekelian manusia hidup melalui benih
anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang
berada di hujung tulang belakang mereka.
Hiduplah manusia umpama anak pokok
yang kembang membesar dari biji benih.
✐Semua manusia dan jin dibangkitkan
dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka
tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati
mereka sangat takut dan bimbang tentang
nasib & masa depan yang akan mereka
hadapi kelak.
✐Lalu datanglah api yang berterbangan
dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke
tempat perhimpunan besar. Bergeraklah
mereka menggunakan tunggangan (bagi
yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang
kurang amalan) dan berjalan dengan muka
(bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu
akan lupakan anak, suami akan lupakan
isteri, setiap manusia sibuk memikirkan
nasib mereka.
✐Setelah semua makhluk dikumpulkan,
matahari dan bulan dihapuskan cahayanya,
lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa
cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat
dahsyat.
✐Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan
bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat
sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat
yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐Kemudian matahari muncul semula
dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada
sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama
berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya
seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur
dan sungai menjadi kering. Lalu mereka
rasai kepanasan dan bermandikan peluh
sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung
pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi
Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat
diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang
bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat
yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak
akan haus selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu
bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih
harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari
embun. Ia mempunyai saluran yang
mengalir dari syurga.
✐Semua makhluk berada bawah cahaya
matahari yang terik kecuali 7 golongan yang
mendapat teduhan dari Arasy. Mereka
ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah
Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan
masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah
dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina,
tetapi dia menolak dengan berkata "Aku
takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan
bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian
mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.
✐Oleh kerana tersangat lama menunggu di
padang mahsyar, semua manusia tidak tahu
berbuat apa melainkan mereka yang
beriman, kemudian mereka terdengar
suara "pergilah berjumpa dengan para
Nabi". Maka mereka pun pergi mencari
para Nabi. Pertama sekali kumpulan
manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam
tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada
melakukan kesalahan dengan Allah SWT.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya
berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s.,
Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya
memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.)
dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan
yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad
SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu
diperkenankan doa baginda.
✐Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka
azab akan turun. Lalu terbelah langit,
turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8
malaikat yang sangat besar (besarnya
sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat
sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar
berbentuk kubah (bumbung bulat) yang
mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa
dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan
gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama
istana yang mempunyai seribu bilik yang
menempatkan jutaan malaikat di
dalamnya. Ia dilingkungi embun yang
menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di
hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat
yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari
'Arasy umpama cincin ditengah padang .
Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan
istana.
✐Seluruh makhluk pun menundukkan
kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu
berterbanganlahkitab amalan masing-
masing turun dari bawah Arasy menuju ke
leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil
untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis
oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid /
Kiraman Katibin.
✐Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi
dan pemimpin masing- masing. Orang kafir
& munafik beratur bersama pemimpin
mereka yang zalim. Setiap pengikut ada
tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐Umat yang pertama kali dihisab adalah
umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan
yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali
diputuskan adalah perkara pertumpahan
darah.
✐Apabila tiba giliran seseorang hendak
dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan
kanan bagi orang mukmin dan dengan
tangan kiri jika orang bukan mukmin.y
✐Semua makhluk akan dihisab amalan
mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar,
mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya
untuk menimbang pahala dan yang gelap
untuk menimbang dosa.
✐Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad
SAW dan para imam 4 mazhab untuk
menyaksikan pengikut masing-masing
dihisab.
✐Perkara pertama yang diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh
amalan baiknya tidak ditimbang bahkan
amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐Ketika dihisab, mulut manusia akan
dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki
akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan
hujah tipuan. Semua akan di adili oleh
Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐Setelah amalan ditimbang, mahkamah
Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk
menuntut hak masing-masing dari makhluk
yang sedang dibicara sehinggalah seluruh
makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.
✐Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di
Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga
tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang
mempunyai iman sebesar zarah dari
neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada
keizinan Allah SWT.)
✐Para nabi dan rasul serta golongan
khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk memberi syafaat kepada para
pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70
000. Setiap seorang dari mereka akan
mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐Setelah berjaya dihisab, manusia akan
mula berjalan menuju syurga melintasi
jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah
jambatan (titian) yang terbentang
dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai rambut yang dibelah
tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan
dimudahkan menyeberanginya.
✐Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di
Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000
tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan
5000 tahun menurun. Ada makhluk yang
melintasinya seperti kilat, seperti angin,
menunggang binatang korban dan berjalan
kaki. Ada yang xdapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik
kaki mereka, lalu mereka jatuh ke
dalamnya.
✐Para malaikat berdiri di kanan dan kiri
sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.
Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya
seorang sahaja yang Berjaya melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan
Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul
saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada sahabat² yang lain. Sepertimana
sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat
semua fakta diatas hanya maklumat .takdir semua ALLAH yang menentukan
sumber:kawan facebook ..






















0 comments: