Tuesday, 17 September 2013

Kucupan terakhir buat jenazah apakah hukumnya

 Kucupan Terakhir Buat Jenazah

Setelah disempurnakan mandi jenazah maka dipanggillah ahli keluarga yang terdekat untuk menatap dan selalunya akan mencium dahi yang meninggal itu..persoalannya.. siapa yang boleh menyentuh/menciumnya… kerana ada suara-suara dibelakang yang mengatakan mayat itu didalam keadaan berwudhu’..maka sekiranya isteri,anak menantu (lelaki bagi jenazah perempuan dan sebaliknya)dan yang bukan muhrim melakukannya maka terbatallah wudhu’ jenazah berkenaan dan jenazah akan dikebumikan tanpa wudhu’.

Jawapan :
Sesiapapun tidak dihalang dari mencium jenazah. Tidak timbul persoalan wudhu’ jenazah itu terbatal kerana apabila seorang anak adam itu telah meninggal maka hilanglah tanggungjawabnya. Walaubagaimanapun, sekiranya yang mencium itu bukan mahramnya, maka wudhu’ pencium itu terbatal. 

Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Kredit

0 comments:

Powered by Blogger.